August 28, 2012

resepi red velvet(RV)


SALAM SEMUA..post kali nie nak share kat kwn-kwn yg nak mencube RV.Actually respi asal dari tuan tanah seorang blogger yg aku sendiri pun sudah luper..so kalo korg semua tgok dekat web laen lebih kurang je step nye,paham-pham jela

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Aku ajar step by step


1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. 

3. Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.


3.Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.(step 1-3 sebenarnye bahan C)
  
4.Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

5.Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

6.Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

7.Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula  ak gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, ak rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni ak rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Satu lagi cara,ambil lidi pastu cucukkan nak tenggok same ade dah masak ke belum.

8.Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.
  
9. biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. aku buat 3 ajer..

lagi banyak cream cheese lagi sedap.cheese mascarpone memang susah nak ade kat pasaran.so aku ganti dengan cream cheese tatura..sangat mashuyk!!!

Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment